Sulit
2 tahun
Sakit gigi dan.membengkak
saya perempuan berumur 22 tahun , gigi depan saya sakit , dan bibir atas dan pipi kanan mulai membengkak dan sangat sakit, tak bahaya ke doktor? sakit sangat dah ni
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk penerangan anda,terdapat beberapa kemungkinan sebab anda sedang mengalami kesakitan gigi dengan bengkak bibir dan pipi kanan.
Jangkitan gusi atau berkenaan selepas rawatan prosedur gigi
Jangkitan pada kelenjar air liur
Anda boleh merujuk laman ini untuk maklumat lanjut tentang kelenjar air liur.
http://www.myhealth.gov.my/batu-karang-kelenjar-air-liur/
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor secepat mungkin kerana jangkitan ini mungkin merebak ke struktur sekeliling. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.