Sulit
3 tahun
Masalah Gusi bengkak selepas cabut gigi
Saya 31 tahun dan 2 hari lepas saya ke klinik untuk mencabut gigi kedua terakhir dibahagian rahang bawah sebelah kanan, sakit berkurang tetapi masih bengkak dan saya agak trauma kerana kebanyakan rakan2 berkata selepas 2-3 hari bengkak akan surut dan saya masih mengambil ubat yang perlu dihabiskan seperti antibiotik. Adakah masalah bengkak gusi itu akan menjadi serius?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kadar tindak balas dan pemulihan bengkak bagi setiap individu adalah berbeza, mungkinnya boleh berjangka lebih panjang untuk sesetengah individu, maksudnya bengkak gusi anda tidak semestinya masalah serious. Namun, sekiranya anda mengalami gejala seperti demam, sakit gusi atau pendarahan teruk, pening atau sakit kepala, ataupun bengkak gusi tidak surut selepas 5 hari, sila jumpa doktor secara segera.
Selain itu, ubat antibiotik yang diberikan oleh doktor gigi anda perlu dihabiskan seperti yang diterangkan. Sebab ubat tersebut adalah untuk mengelakkan jangkitan, habiskan untuk kesan perlindungan sepenuhnya.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.