Sulit
3 tahun
Braces selepas tamat tempoh pemakaian veneer gigi
hi, saya ingin bertanya berkaitan veneer dan braces, saya telah pun membuat veneer gigi pada tahun ini dan tempoh veneer saya adalah selama 3 tahun, sekiranya veneer saya telah tamat tempoh bolehkah saya memakai braces selepas itu?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, anda boleh pakai braces selepas tamat tempoh pemakaian veneer gigi anda. Selain itu, biasanya sekira veneer gigi anda adalah dalam keadaan yang sihat dan baik, maka rawatan ortodontik seperti braces tidak akan merosakkan veneer gigi tersebut. Maksudnya anda boleh pakai braces seawal sebelum tamat tempoh pemakaian veneer gigi anda, dengan persetujuan doktor gigi anda.
Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.