Sulit
3 tahun
Gusi bernanah di belakang gigi geraham
Saya perempuan berumur belasan tahun .saya nak tanya doktor kenapa belakang gigi geraham saya adanya nanah tapi tidak rasa sakit dan tidak ada sebarang pertumbuhan gigi bongsu apa yang perlu saya buat doktor mohon penjelasan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan gusi anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah nanah di bahagian belakang gigi graham anda. Untuk makluman anda, pengeluaran nanah boleh dikaitkan dengan jangkitan kuman. Masalah anda boleh disebabkan oleh :
- Jangkitan pada gigi atau gusi disebabkan oleh gigi geraham terimpak
- Menggosok gigi dengan cara yang tidak betul
- Luka mulut
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor gigi sekira masalah anda berpanjangan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Anda boleh menghubungi doktor kami jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai masalah anda. Terima kasih.