Sulit
2 tahun
Gusi menyusut memerlukam rawatan pembedahan gusi
Saya wanita berusia 30an. Saya memgalami masalah penyusutan gusi. Doctor gigi memcadangkn saya untuk memdapatkn pembedahan gusi di klinik pakar gusi. Jadi sy ingin tahu nme prosedur pembedahn gusi trsebut bg mmgetahui harga kos rawatan sbb bila call klinik gigi banyak xtahu/xphm/ xada perkhidmatan itu.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang rawatan untuk penyusutan gusi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai prosedur rawatan yang mungkin ditawarkan oleh pakar tersebut berdasarkan keadaan gusi anda. Contohnya, scaling gigi dan root planing, grafting (Cantuman gusi). Walau bagaimanapun, penjagaan kebersihan gigi dan gusi adalah penting sekali untuk mengelakkan keadaan menyusut bertambah teruk.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk berjumpa dengan doktor gigi