Sulit
3 tahun
Biji biji kecik di dalam mulut di bahagian dalam bibir hadapan gusi
saya mengalami biji biji kecik dia dalam bibir bahagian depan gusi. saya nak gosok gigi dia jadi sakit sangat adakah itu mata ikan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, diagnosis perlu dilakukan sebelum melakukan sebarang rawatan. Disebabkan saya kekurangan maklumat tentang kondisi anda dan tidak dapat melihat biji-biji kecil itu secara fizikal saya tidak dapat memberikan diagnosis ataupun cara rawatan yang tepat untuk masalah anda. Tetapi jika anda pernah melakukan hubungan seks, anda perlu melakukan ujian darah untuk memastikan bahawa anda tiada jangkitan penyakit kelamin.
Terdapat penyakit jangkitan kelamin selain daripada sifilis seperti herpes yang boleh menyebabkan biji pada bibir. Walaupun ia boleh diagnos melalui simptom tetapi ujian darah adalah ujian paling tepat untuk mengetahui jika anda telah dijangkiti atau tidak.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.