Sulit
3 tahun
Gusi bengkak dan mula mendapat ulser dan dalam tengkak mula rasa sakit.Tetapi tidak pulih walaupun selepas beberapa hari memakan paracetamol
Hi selamat sejahtera doktor. Saya remaja perempuan 17 tahun.Sejak 3 ke 4 hari lepas gusi dekat belakang gigi geraham saya membengkak.Semasa saya memberus gigi saya tersilap tercucuk gusi bengkak and gusi saya start muncul ulser and ada beberapa spot dalam mulut saya tumbuh ulser.and at the same time rasa sakit dekat dalam tengkuk belah kanan.bila saya sentuh bawah jawline kanan saya mesti akan rasa sakit.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah gusi bengkak dan ulser mulut. Selain itu, anda juga berasa sakit pada bahagian jawline sebelah kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Ulser mulut dan gusi bengkak boleh disebabkan oleh kecederaan semasa memberus gigi seperti yang anda alami. Namun ia juga boleh berlaku jika anda mengalami dihidrasi, atau jangkitan kuman pada mulut. Kesakitan yang anda rasakan pada bahagian tengkuk juga boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang merebak ataupun disebabkan oleh gusi yang bengkak. Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya rawatan yang lebih bersesuaian dapat diberikan untuk anda. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.