Sulit
3 tahun
Bengkak gusi dan berdenyut
Hai sy nk tanya, sy baru 3 hari lepas cabut gigi geraham, dan skrg dlm proses nak sembuh, cuma nak tanya normal ke gusi yg tmpt cabut gigi tu bengkak dan rasa berdenyut² sgt sakit. Lagi 1 kepala sy kerap sakit sejak cabut gigi. Kalau nak tido malam, hari² sy ambil 2 biji panadol aktifast. Terima kasih
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda baru sahaj mencabut gigi geraham 3 hari lepas. Kini gusi pada bahagian tersebut masih lagi sakit serta sukar untuk anda tidur. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gusi anda mengambil masa 1-2 minggu untuk sembuh dengan sempurna. Memandangkan anda baru selesai 3 hari, proses sembuh tersebut belum selesai sepenuhnya. Pengambilan panadol bagi mengurangkan kesakitan tersebut juga selamat dan digalakkan untuk menahan kesakitan.
Anda hanya perlu merujuk kepada doktor jika mengalami simptom baharu seperti:
- demam
- kesakitan yang tidak tertahan
- kebas pada mulut serta kawasan sekitar
- benjol pada gusi atau mulut yang tidak berkurang
- pendarahan yang tidak berhenti
- rasa aneh pada mulut yang tidak hilang
- terdapat nanah pada gusi tersebut
Masalah berikut juga boleh dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.