Sulit
2 tahun
Mengalami gusi bengkak dan bernanah ketika gigi bongsu timbul
Saya berusia 24 tahun , gigi bongsu saya tumbuh tapi tak naik semua hanya nampak permukaan sahaja dan tidak sakit , cuma baru2 ini gusi gigi sebelah gigi bongsu jadi bengkak dan bernanah . Kenapa ya
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan masalah gusi bengkak di sebelah gigi bongsu, saya akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai sebab yang boleh menyebabkan keadaan ini.
Antaranya adalah kerana gigi bongsu yang tidak tumbuh secara normal - yng mingkin senget atau tidak keluar sepenuhnya dan mengganggu gigi dan gusi di sebelahnya.
Selain itu terdapat kemungkinan lain seperti kecederaan ketika makan dan lain-lain.
Oleh itu, anda perlu merujuk kepada doktor gigi di klinik gigi bagi mendapatkan periksaan gigi dan rawatan yang sesuai.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.