Sulit
3 tahun
Cara penjagaan spacer gigi
Hi Doc, Hari ini saya telah dipasangkan spacer di klinik pakar gigi…bagaimanakah penjagaannya dan bolehkah saya menggosok gigi saya macam biasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, berikut adalah cara untuk manjaga “spacer” gigi:
- berhati-hati ketika menggosok gigi
(Pertama, bilas mulut anda dengan air. Seterusnya, perlahan-lahan berus semua permukaan gigi dengan berus gigi anda. Bilas dengan air lagi.) - sentiasa berkumur
Jawapan ini adalah keterangan am mengenai penjagaan “spacer” gigi. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dan mendapat maklumat dan nasihat dalam cara menjaga “spacer” gigi yang tepat.Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.