Sulit
3 tahun
Gusi anak bengkak dan bernanah
Hello doc… anak saya umur 2tahun …gusi anak saya seperti ada ketulan dan seperti bernanah… dan sebelah gusi kiri mudah bengkak dan sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, penyebab paling umum dari peradangan gusi adalah kebersihan mulut yang kurang terjaga, sehingga banyak terjadi penompokan plak dan karang gigi di lawasan gusi yang berhampiran dengan gigi.
Jika pembengkakan gusi berada di kawasan akar gigi, dan nampak seperti bintik putih atau mengeluarkan nanah, maka kemungkinan yang terjadi adalah abses iaitu seperti bisul berisi nanah yang disebabkan oleh infeksi gigi yang berlubang. Untuk menyembuhkan gusi bengkak, perlu diketahui terlebih dulu penyebabnya, dan untuk mengetahui penyebabnya memerlukan pemeriksaan oleh doktor gigi terlebih dahulu sebelum dapat dipastikan rawatan yang sesuai dan diperlukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.