Sulit
3 tahun
Lidah rasa tawar selepas saya cabut gigi geraham
Selepas saya cabut gigi geraham,makanan yang saya makan semua tawar.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, selepas cabut gigi geraham, sebanyak 20 peratus individu akan mengalami kehilangan deria rasa di sisi lidah mereka bersebelahan dengan penyingkiran gigi atau merasa bau yang tidak menyenangkan di dalam mulut. Perkara ini biasanya akan sembuh sendiri selepas 2 hingga 3 hari.
Sekiranya masalah ini tidak berubah baik selepas 3 hari, sila merujuk kepada doktor dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca penyebab masalah anda, serta dapatkan penjelasan dan rancangan rawatan yang sesuai.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.