Sulit
2 tahun
Gigi geraham saya sakit seketika
Sejak beberapa hari lalu saya berasa sakit (tidak keterlaluan cuma berlaku seketika) pada gigi geraham. Mengapa? Juga apakah yang perlu dilakukan jika saya berasa ngilu pada gigi geraham atas ketika hendak minum air sejuk?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, gigi geraham anda sakit dan sensitif ketika minum air sejuk. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit keradangan gusi
- Gigi sensitif
- Gigi retak
- Abses gigi
- Sakit sendi rahang
Walau bagaimanapun, untuk memberikan diagnosis dan rawatan yang tepat, saya menyarankan agar berjumpa dengan pakar gigi untuk mendapatkan pemeriksaan yang teliti.
Sila klik di sini untuk berjumpa dengan doktor gigi
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.