Sulit
2 tahun
Gusi dekat gigi lebih
saya ada gigi bongsu tapi tak sakit langsung. tapi batu semalam saya perasan ada lebihan gusi dekat gigi bongsu. kalau nak kunyah kena dekat belah kiri sebab gusi tu kat belah kanan. saya tak selesa dan sakit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah lebihan gusi pada gigi bongsu yang menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan. Namun saya memerlukan maklumat yang lebih terperinci sebelum memberikan apa-apa pandangan.
Anda perlu bercakap dengan doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.