Sulit
3 tahun
Cabut gigi geraham hujung,bolehkah sebabkan pergerakan gigi
Hai…saya dah cabut gigi geraham hujung sebelah kiri 4 batang atas dan bawah. Mksudnya 2 atas dan 2 bwah sudah lama. Saya tidak ganti gigi tu.biarkan kosong. Nak tanya,masih boleh ada potensi pergerakan gigi ke??saya perasan gigi depan saya sudah ada jarak sedikit sekarang.gigi dekat gigi kacip pun ada jarak sikit. Saya baru tahu risiko gigi yang dah di cabut ni boleh sebabkan gigi bergerak. Kalau tak dah lama gantikan gigi yg di cabut tu…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang gigi anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang potensi pergerakan gigi setelah mencabut gigi geraham. Saya akan cuba menjawab persoalan anda dengan baik.
Untuk makluman anda, apabila wujudnya kekosongan gigi pada bahagian gusi tertentu ia membolehkan pergerakan dan penjarakkan gigi. Penjarakkan ini akan berlaku secara perlahan lahan dan mengambil masa yang lama untuk melihat perubahannya.
Namun, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor gigi sekiranya perkara ini membimbangkan.
Saya harap jawapan diatas adalah memuaskan, sekiranya anda ingin bercakap mengenai perkara ini dengan doktor kami, anda boleh menghubunginya secara atas talian. Terima kasih.