Sulit
5 tahun
Sesak nafas sebab kafien
Saya wanita berumur 18 tahun saya sudah berjumpa doktor tetapi doktor cakap tiada apa yang serius tapi pada pendapat doctor saya memerlukan berapa hari untuk sembuh
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, jika masalah tersebut tidak serius, ia akan berkurang sekiranya pencetusnya telah dihindari. Jika gejala sesak nafas masih berlarutan dalam masa 24 jam atau mengganggu aktiviti anda, rawatan mungkin diperlukan. Sukar kami menentukan waktu spesifik bagi penyembuhan kerana ianya subjektif dan bergantung kepada status kesihatan setiap individu. Oleh itu, maklumat lanjut diperlukan sebelum sebarang keismpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Hidung tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.





































