
Sulit
4 tahun
Sesak nafas setelah berhenti merokok
Saya berhenti merokok secara mengejut setelah positive covid 19. Tetapi apabila saya sembuh saya masih mengalami sesak nafas. Paru2 terasa sakit seperti baru menghisap rokok dalam kuantiti yang banyak. Kadang apabila bangun pagi paru2 terasa rasa seperti baru menghisap rokok. Boleh saya tau cara untuk melegakan sesak nafas sebab ianya buatvsaya tak boleh tidur. Saya stress sebab tak cukup tidur. Patut ke saya berjumpa doktor atau inivmemang masalah biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Kesan sampingan setelah berhenti merokok. Namun gejala ini hanyalah sementara.
- Komplikasi penyakit COVID-19
- Jangkitan paru-paru
- Tuberkulosis
- Masalah lantung
- Psikologi:
- Keresahan (anxiety)
- Kemurungan (depression)
- Stres atau tekanan emosi
- Kurang rehat
Masih mengalami masalah sakit dada dan sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana perkara ini memerlukan perhatian segera oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan memerlukan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.