Sulit
4 tahun
Sesak nasar dan berasa sejuk
Saya wanita yg berumur 18thn, dan saya berasa sesak nafas dan sejuk dari dua hari yg lalu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Kami memahami anda mengalami gejala sesak nafas dan berasa sejuk. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Jangkitan virus Influenza atau Coronavirus
- Radang paru-paru (pneumonia)
- Bronchitis
- Tuberculosis
Kami tidak dapat memberikan kepastian untuk anda mengenai masalah yang anda alami tanpa maklumat tambahan dan pemeriksaan fizikal. Oleh itu, sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor kami untuk bantuan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.





































