
Sulit
3 tahun
Suggestion Krim untuk hilangkan bekas kudis
Adakah bekas kudis boleh dihilangkan dengan segera? Boleh tak suggest krim untuk hilangkan bekas kudis

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami mengenai parut atau bekas kudis dan memerlukan penyelesaiannya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kudis atau scabies merupakan penyakit kulit yang disebabkan oleh parasit dikenali sebagai Sarcoptes scabiei. Walaupun ia selalu dilihat dalam kalangan kanak-kanak, orang dewasa juga berisiko untuk dijangkiti oleh parasit ini. Individu yang menghidap kudis kebanyakannya akan menunjukkan gejala gatal di seluruh badan terutama di bahagian antara jari atau pelipat badan.
Bekas atau parut kudis akan hilang setelah sementara waktu. Kami sarankan anda untuk menghubungi doktor kami di atas talian untuk mendapatkan bantuan dan penyelesaian mengenai masalah kudis yang dihadapi.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.