
Sulit
4 tahun
Teh hijau + Vitamin C
Salam sejahtera, saya berumur 24 tahun, saya baru sahaja mula mengambil pil vitamin C 500mg setiap hari di waktu pagi, saya juga suka minum air teh hijau seminggu 3-4 kali setiap pagi. Saya ada baca satu artikel mengenai vitamin C tidak ada berfungsi sekiranya minum air teh hijau (minuman berkafein). Soalan saya, adakah benar artikel ini? Saya perlu berhenti mengambil salah satu darinya? Terima kasih.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, tiada kajian ilmiah mendapati sebarang tindak balas negatif jika mengambil vitamin c bersama dengan minuman berkafein seperti teh hijau. Kedua-duanya adalah antioksida yang sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan.
Antara kebaikan vitamin C ialah:
- Menghasilkan kulit yang lebih berseri
- Penghasilan kolagen
- Membantu meningkatkan imuniti badan
Anda disarankan untuk meneliti kesahihan artikel yang dikeluarkan dan memastikan sumber artikel tersebut ditulis adalah berdasarkan sumber yang tepat dan sah. Anda tidak perlu khuatir untuk berhenti mengambil salah satu daripada suplemen yang anda ambil kerana tiada kajian ilmiah yang mendapati keburukan apabila kedua-dua vitamin c dan teh hijau diambil bersama.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.