
Sulit
4 tahun
Terasa pening kepala setelah makan atau minum makanan yang manis
Selamat pagi doktor, saya menghadapi masalah sakit kepala setelah makan makanan yang manis dan begitu juga dengan minum air yang manis boleh sya tahu apakah puncanya dan adakah ianya merbahaya kepada kesihatan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda tiada masa untuk pening kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk makluman anda, pengambilan gula boleh menyebabkan yang berlebihan boleh menyebabkan gejala ini berlaku. Selain itu, gejala ini mudah terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit diabetes. Apabila pesakit diabetes memakan sesuatu yang manis, ia boleh mencetuskan sakit kepala. Makanan manis menyebabkan kenaikan kadar gula dalam darah secara tiba-tiba yang melepaskan insulin. Insulin meningkatkan penyerapan gula ke dalam sel, yang boleh menyebabkan hipoglikemia. Keadaan ini menyebabkan peleburan saluran darah di dalam otak, seterusnya mencetuskan sakit kepala.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah pening kepala.