Anonymous
5 tahun
Vagina mengeluarkan darah
hi. sy berumur 25 tahun dan telah berkahwin. pagi td pd pukul 4:30am, vagina mengeluarkan darah berwarna merah yg sgt cair, hampir warna pink serta diikuti kekejangan di bahagian perut seakan2 senggut. saya tidal pernah mengalaminya dan amat risau. adakah saya hamil atau ada kemungkinan penyakit lain?
7 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa sebab yang menyumbang kepada spotting haid,antaranya ialah:
- Kesan sampingan pengambilan pil perancang
- Kehamilan
- Menstruasi tidak seimbang
- Jangkitan kuman
Anda dinasihatkan untuk menjalankan ujian kehamilan sendiri dengan alat dari farmasi atau ke klinik untuk pemeriksaan. Sekiranya anda tidak hamil dan tidak mengambil pil perancang, anda boleh merujuk masalah ini untuk mengetahui punca masalah anda
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk rundingan dan nasihat lanjut. Terima kasih


























