
Sulit
4 tahun
Yang mana buah zakar normal. kendur atau tak
Buah zakar bulat sepanjang masa tidak kendur, semasa tidak melakukan hubungan dgn isteri adakah normal…tapi tidak sakit…ia bulat ja tak jatuh…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah zakar bulat ketika tidak mengalami ereksi.
Untuk makluman anda, perkara yang anda alami ini mungkin perkara yang normal dan tidak perlu dibimbangkan atas sebab bentuk anatomi zakar anda yang semula jadi seperti yang diperihalkan. Namun, ia boleh menjadi bermasalah jika terdapat perasaan sakit, ataupun bentuk bulat tersebut menjadi membesar seperti membengkak.
Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh sejenis penyakit dikenali sebagai Peyronie’s Disease, dimana ia adalah pengumpulan parut tisu plak mengeras yang terhasil akibat kecederaan yang berlaku pada zakar anda sama ada ketika melakukan hubungan seks, ataupun tidak. Kondisi ini akan menyebabkan zakar anda kelihatan bengkok ketika ereksi.
Masalah anda alami juga ini mungkin disebabkan oleh lebihan kulit, atas pengaruh zakar yang belum sunat.
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang lain seperti:
- Bulat yang membesar seperti membengkak
- Kegatalan
- Sakit jika dipegang
- Pengeluaran nanah daripada lubang kencing
- Penumbuhan ulser
- Keruaman.
- Masalah kencing sakit.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah