
Sulit
4 tahun
Adakah bio oil gel boleh hilangkan parut, kudis, luka
Saya banyak kesan parut luka kudis, selepas menggunakan bio oil gel selama 2 tahun, parut semakin kurang but boleh ke hilang terus tanpa kesan? Or ada solution lain selain bio oil gel yang selamat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Untuk makluman anda, parut adalah merupakan pembentukan proses penyembuhan selepas kecederaan. Mengikut teori, parut tidak akan hilang sepenuhnya. Tetapi terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu mengurangkan saiznya dan mengubah penampilannya. Antara jenis parut adalah seperti berikut:
- Parut keloid biasanya parut ini tumbuh sangat besar setelah luka
- Parut kontraktur biasanya adalah parut yang terkait dengan kebakaran samaada terbakar api mahupun kimia
- Parut hipertrofi yaitu parut yang mirip keloid tapi lebih kecil
- Parut jerawat
- Parut lobang biasanya tergantung kedalaman
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Walaupun kebanyakkan parut boleh sembuh dengan sendirinya, namun terdapat beberapa jenis parut pada kulit yang memerlukan rawatan spesifik seperti rawatan laser, pembedahan (cryo), suntikan steroid, rawatan radiasi dan sebagainya yang hanya boleh dilakukan oleh pakar kulit (Dermatologist). Walaupun terdapat ura-ura tentang ekstrak bawang, vitamin A & vitamin E untuk tujuan penyembuhan parut, namun kajian tentang penggunaan bahan-bahan tersebut adalah terhad dan memerlukan rundingan serta pendapat daripada pakar kulit sebelum rawatan diberikan.
Oleh itu, penggunaan bio gel yang anda katakan perlu dipastikan isi kandungannya dengan doktor pakar kulit sebelum meneruskan penggunaannya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.