Anonymous
5 tahun
Adakah saya boleh pregnant
Hai doktor, saya ingin bertanya
Saya sudah makan pil emergency semalam pukul 2 pagi untuk tablet ke 2 selepas itu kami bersama lagi
Adakah saya boleh pregnant?atau saya kena ambik lagi pil emergency?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan, Postinor-2 adalah kontraseptif kecemasan. Ia diambil dalam tempoh 72 jam hubungan seks tanpa perlindungan.
Dianggarkan bahawa Postinor-2 akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Untuk menjawab soalan anda, anda tidak perlu lagi untuk mengambil pil postinor kerana pengambilan kali kedua akan mengganggu haid anda.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.