Anonymous
4 tahun
Anemia..kurang darah merah..punca tak dikenal pasti
Sy berumur 25 tahun…sy didiagnosis anemia mase awal bulan may 2019…dan sampai sekarang anemia sy tak sembuh2…sy dah cuba makan ubat zat besi…bertahan hanya untuk 2 mggu lepastu turun balik…sy makan ubat cacing…bende sama berulang…hanya bertahan dalam 3 mggu lepastu sy demam2…pergi klinik darah sy turun lagi…sy sudah kerap kali pergi klinik buat fbc…tapi keputusan tetap sama… Anemia…scan perut takde tanda fibroid…tapi perut sy selalu sakit tanpa sebab…apa yang patut sy buat doc?sy dah buntu…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami masalah yang anda hadapi. Apabila anda menghidap anemia, tubuh tidak menghasilkan sel darah merah yang mencukupi.
Oleh itu, anda disarankan untuk mengambil makanan yang dapat menambahkan darah dalam badan seperti:
- Sayur-sayuran hijau dan gelap (bayam, sayuran collard, dan kalebayam, sayuran collard, dan kale)
- Buah-buahan kering, seperti aprikot, prun, kismis, dan buah ara
- Ikan, kerang, dan tiram
- daging
- makanan yang kaya dengan zat besi bersama dengan vitamin C ( oren, tomato, bijirin)
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.