Sulit
3 tahun
Bawah dada rasa mencucuk- cucuk
Salam doctor.
Saya nak bertanya… Ibu saya sering mengalami sakit di bahagian bawah dada. Dia seperti mencucuk-cucuk dan akan mengambil masa yang agak lama untuk rasa sakit itu berkurangan. Boleh saya tahu apakah simptom ini dan cara-cara untuk mengubatinya.
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian bawah dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejalan anda. Antaranya:
- Pedih ulu hati
- Peptic ulcer disease
- GERD
- Gastritis
- Masalah pada jantung
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.