
Sulit
4 tahun
Berpuasa ketika awal kehamilan
Saya baru disahkan hamil 4 minggu , adakah saya boleh berpuasa seperti biasa ? Apakah kesan jika berpuasa di trimester pertama?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, anda masih boleh berpuasa ketika hamil jika anda larat. Walaubagaimanapun, disebabkan oleh pelbagai simptom dan gejala wanita hamil yang didapati sewaktu trimester pertama kehamilan seperti muntah-muntah, pening dan sebagainya, anda dibolehkan untuk tidak berpuasa. Terdapat risiko untuk mendapatkan bayi kecil jika berpuasa pada trimester kedua dan ketiga kehamilan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.