Anonymous
5 tahun
Bleeding Kemungkinan di Awal Kehamilan
hai doktor. saya telah mengalami period pada 22/4. pada 7/5 telah keluar flek coklat semasa waktu subuh. saya abaikan sebab kemungkinan tanda nak period. sewaktu malam lepas balik kerja, terdapat pendarahan ringan. naluri saya kuat untuk membuat test kehamilan. dan keputusan positif. saya repeat test sehingga 9/5 dan ianya positif juga. saya telah pergi ke klinik dan doktor scan rahim masih kosong berkemungkinan masih baru. doktor suruh datang lagi 2minggu iaitu 23/5 untuk buat test dan scan balik. doktor cakap berkemungkinan pada 22/4 tu bukan period tetapi abortion. masalah saya, sehingga harini saya masih bleeding hampir 2minggu. adakah ianya normal?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Anda disarankan untuk melakukan ujian UPT sekali lagi, dan periksa di klinik berdekatan untuk memastikan anda benar-benar hamil. Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran
- Kehamilan ektopik/molar
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.