
norish.myeg
5 tahun
Bleeding ketika kandungan 5minggu
assalam doktor,saya wanita berusia 33 tahun…sekarang saya hamil kali ke 5…sebelum ni semua gugur di usia kandungan 8 minggu…sekarang saya hamil 5 minggu dan keluar darah pekat…bile kencing ade seketul dua darah keluar…walaupun sikit ianya merisaukan saya kerana diikuti rase nyeri dan sakit di bawah abdomen…adakah mungkin sbb saya buat kerja berat,atau berpuasa??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Walaupun pendarahan dari faraj tidak selalunya menandakan bahawa kehamilan tersebut mempunyai masalah, ia masih boleh menjadi tanda bahaya. Oleh itu, semua wanita hamil yang mempunyai pendarahan dari faraj patut mengunjungi doktor untuk diperiksa.
Antara punca-punca pendarahan ketika fasa awal kehamilan termasuk:
- Pendarahan implan: Kadangkala pendarahan ringan yang tidak berbahaya boleh berlaku kerana penanaman telur yang telah disenyawakan pada dinding rahim terjadi sekitar masa haid anda sepatutnya berlaku.
- Perubahan pangkal rahim akibat kehamilan boleh menyebabkan pangkal rahim senang berdarah contohnya ketika hubungan seks.
- Keguguran: Kebanyakan keguguran berlaku semasa 12 minggu pertama dan malangnya kebanyakannya tidak dapat dicegah. Tanda-tanda lain keguguran termasuk kesakitan perut bawah atau pelepasan tisu dari faraj.
- Kehamilan ektopik berlaku jika telur yang disenyawakan ditanam di luar rahim seperti di tiub Fallopian. Apabila telur tersebut membesar, ia boleh memecahkan tiub Fallopian dan menyebabkan pendarahan yang mengancam nyawa.
- Kehamilan molar menyebabkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim. Biasanya ia tidak berbahaya tetapi dalam kes yang luar biasa, tisu ini boleh wujud sebagai kanser.
- Pendarahan selepas hubungan seksual
- Sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan termasuk trauma atau luka pada dinding faraj atau jangkitan faraj.
Kunjungilah doktor anda untuk diperiksa bagi memastikan keselamatan anda dan kandungan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor. Terima Kasih.