
Sulit
4 tahun
Chlorhexidine gluconate mouthwash
saya pergi berjumpa doc gigi untuk scalling kerana terdapat karang gigi dan disebabkan ramai pesakit, setelah diperiksa gigi saya, doc suruh balik dahulu dan akan call semula untuk tarikh appointment. saya dapat ubat kumur chlorhexidine gluconate 0.2%, adakan saya perlu bilas semula/berkumur dengan air bersih setelah kumur dengan ubat ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.