
Sulit
4 tahun
Digigit dan dicakar oleh kucing yang menghidapi sporotrichosis
Saya telah digigit dan dicakar pada kaki kanan oleh kucing saya yang mempunyai penyakit sporo pada 21 November 2020. Setelah kejadian berlaku, saya terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Kampar dan telah diberikan suntikan Tetanus dan antibiotik ( Unasyn sultamicilin) untuk tempoh 5 hari ( 2 biji sehari). Doktor menasihati untuk sentiasa pantau luka tersebut. Pada hari ke-5, luka cakar mulai kering tetapi luka pada kawasan gigitan masih berdarah sedikit dan Selepas 5 hari, antibiotik habis dan apa tindakan susulan yang perlu dilakukan ? Berdasarkan pembacaan, simptom dijangkiti sporo apabila muncul benjolan yang mempunyai nanah selepas 1 ke 2 bulan.
Kucing telah didiagnosis menghidapi sporo pada 5 September dan telah diberikan Itraconazole Sporanox 1/2 kapsule setiap hari. Keadaan fizikal kucing telah pulih dari luka dan nanah namun pengambilan ubat Sporanox masih diteruskan.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Pastikan kebersihan tubuh anda sentiasa terjaga. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umumnya, rawatan luka sememangnya memakan waktu yang agak lama (tergantung keluasan luka). Walaupun ia mungkin dianggap leceh bagi sesetengah pihak, rawatan seperti ini adalah untuk memastikan:
- luka sembuh dengan sempurna
- meminimalkan kesan sampingan luka (i.e. parut)
- mengelakkan dari jangkitan kuman
Oleh itu, saya menyarankan anda untuk bertemu doktor atau hospital yang merawat anda kembali agar mereka dapat mengenal pasti sejauh mana nanah tersebut boleh menggangu penyembuhan luka anda.
Buat masa ini anda boleh cuba:
- tingkatkan pemakanan tinggi zat protein (i.e. telur, ayam, ikan, susu, dll.)
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- digalakkan mencuci luka menggunakan air mineral (untuk menjamin kebersihan air)
- kurangkan pergerakan yang boleh mengganggu penyembuhan luka
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.