
Sulit
4 tahun
Gatal gatal di leher
hai doktor. saya gatal gatal bahagian leher… saya google sama ada kurap atau kayap. tapi saya tgok tkde pun bentuk ringworm tu… kalau nk kata kayap… saya kena tempat yang sama dh bnyk kali tpi jarang terjadi… kadang2 5bulan sekali… kadang2 setahun tak kena… tapi tempat yg sama. kali ni die macam semakin merebak tpi sikit jela. so apa masalah kulit saya ya… pada alur punggung juga ada… tapi tk merah… kat leher merah dan berbintik…tpi mcm tkde cecair

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kegatalan pada leher. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Kulit anda sensitif terhadap panas, peluh atau kotoran menyebabkan kulit anda menjadi merah/ meruam
- Apabila anda berpeluh, bakteria mudah membiak dan ini boleh menyebabkan kegatalan. Anda mungkin menggaru bahagian ini dan menyebabkan radang kulit yang bertukar menjadi kudis dan kehitaman apabila semakin pulih
- Masalah ekzema
- Kudis Api (Impetigo)
- Kudis Buta (Scabies)
- Kurap
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini semakin berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Untuk info yang lebih mendalam tentang masalah anda, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih