Sulit
2 tahun
Gugur kandungan 8minggu dan darah berbau seperti nanah
sy gugur 15/12…malam tu sy alami pendarahn teruk spt darah bergumpal dan ade mcm sedikit colour hitam koko… 17/12 sy perasan bau darah sy spt bau nanah tidak hanyir tp busuk dan tidak selesa… apakah masalah sy?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, anda mungkin mengalami jangkitan infeksi di dalam rahim. Selepas mengalami keguguran, anda seharusnya merujuk kepada doktor untuk melakukan pembersihan rahim iaitu doktor akan membersihkan sisa-sisa kandungan anda yang masih tinggal di dalam rahim. Selepas itu, doktor akan memberikan ubat untuk mengatasi jangkitan infeksi tersebut.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.