
Sulit
4 tahun
Gusi ketat dan gigi lain rasa nyeri lepas di cabut
Hello dr sy berumur 20 tahun 4 hri lps sy telah mencabut gigi geraham atas kedua , namun rasa nyeri dan kebas pada gigi diatas masih terasa, adakah itu normal? Selain itu, berapa lamakah sy perlu tunggu supaya gusi saya benar2 sembuh? Gigi berseblahan yg dicabut juga rasa nyeri apabila bertemu dengan gigi dibawah adakah itu normal? Jika gigi kekal bajagian atas iaitu geraham kedua di cabut apakah sy perlu memasang gigi palsu utk mengelak apa2 berlaku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kesakitan selepas mencabut gigi boleh berlaku selama 1-3 hari. Namun setiap orang mempunyai tempoh pemulihan yang berbeza. Anda boleh mengjangka untuk pulih sepenuhnya dalam masa 2 minggu.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.