
Sulit
3 tahun
Keluar darah coklat dan pink
saya wanita berumur 30 tahun,2 bulan lepas saya baru keguguran kandungan 5 bulan,darah nifas saya berhenti pada hari ke28…kemudian hari ke45 berpantang saya datang haid selama 6 hari…selepas 8 hari selepas tu keluar darah pink cair dan coklat smpai sekarang…kenapa ya doktor…sy risau sgt…dan mmg plan nk pregnant semula…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda mengenai pendarahan yang dialami pada ketika ini dan anda merancang untuk mengandung semula. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Pendarahan yang dialami oleh anda perlulah disiasat dengan lebih lanjut untuk mengetahui puncanya. Pendarahan tersebut boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan darah haid mempunyai warna yang berbeza dari merah cair sehinggalah ke coklat kehitaman.
Warna darah yang berbeza boleh disebabkan oleh beberapa faktor berikut, seperti:
- Permulaan atau penghujung haid
- Perubahan hormon
- Kecederaan di dalam faraj
Disebabkan anda mengalami gejala ini berpanjangan, kami sarankan anda untuk ke klinik segera untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.