
ainruslam96
5 tahun
Masalah gigi berlubang di bahagian geraham
Assalamualaikum doktor. Sy berusia 23 thun, asal terengganu. Sy mngalami gigi berlubang d bahagian geraham. Sy tahan skit slama hmpir sebulan. Dn 9/6 sy ambil kputusan utk cabut. Lpas 3 hri sy dapati gusi sy semakin bengkak. Sy pergi ke klinik pergigian utk rawatan. Dktr mmberikan sy sedikit ubat d dlm gigi (menyerupai tembakau) dan mmberi ubat antibiotik 2 jenis dn juga ubat tahan sakit. Dn hri ni sy rse makin mmbengkak smpaikan ke telinga sy x dpt mndengar. Bengkak bawa smpai ke leher. X bleh tidur. Nk telan air liur sgt mnyeksakn. Tlg sy doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda berkemungkinan besar telah menghidap penyakit gusi atau gingivitis. Penyakit gusi merupakan sejenis keradangan pada gusi. Penyakit gusi biasanya disebabkan oleh infeksi gigi yang berlubang. Antara tanda-tanda penyakit gusi adalah gusi bengkak, gusi berdarah terutamanya semasa memberus gigi, gusi yang sakit serta bau mulut yang busuk. Penyakit gusi boleh mendatangkan komplikasi seperti penyakit gusi kronik, periodontitis, nanah di bawah gigi, ulser, limfa yang bengkak serta risiko yang tinggi untuk gigi yang rosak.
Masalah bengkak anda berkemungkinan besar kerana ada infeksi daripada gigi berlubang sebelum ini. Anda diminta rujuk ke klinik gigi anda dengan segera supaya doktor menghulurkan rawata yang sesuai bagi bengkak tersebut. Sila Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih