Sulit
3 tahun
Masalah jerawat teruk di muka
Hello hai doktor saya Naqiudin. Saya ada masalah jerawat teruk macam mana nak hilangkan masalah jerawat saya atau ada penyelesaian tentang masalah yg saya hadapi??
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, masalah jerawat adalah sesuatu perkara yang biasa dialami, terutamanya dalam kalangan remaja. Jerawat boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti :
- Muka berminyak
- Perubahan pada hormon seperti yang dilihat pada remaja
- Sesetengah makanan
- Stres
- Kesan sampingan ubat
- Genetik
- Kebersihan muka yang kurang baik
Secara umumnya, penggunaan produk muka yang mengandungi salicylic acid, benzoyl peroxide atau retinoids boleh membantu untuk mengatasi masalah jerawat. Namun, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor pakar kulit untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat mengenai punca masalah jerawat anda dan cara penjagaan kulit secara lebih terperinci.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!