
Anonymous
5 tahun
Mengenalpasti tentang kehamilan dan waktu subur
saya bersetubuh 5 hari sebelum period. Adakah saya boleh hamil selepas habis period ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Waktu subur dapat dijangkakan pada hari yang ke12 hingga hari ke 14 daripada hari pertama haid. Untuk mengetahui waktu subur anda beberapa soalan seperti corak kitaran haid dan sebagainya harus ditanyakan untuk membuat kesimpulan tentang waktu subur dan nasihat doktor diperlukan.
Untuk menjawab soalan anda tentang boleh tidak anda hamil setelah anda haid, kemungkinan besar anda tidak hamil setelah mendapat darah haid anda.
Untuk mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih