
Sulit
4 tahun
Morning sickness dan sakit kepala
Doc, adakah veloxin selamat untuk wanita hamil?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Veloxin merupakan untuk merawat rasa loya, muntah dan vertigo yang disebabkan oleh motion sickness. Veloxin mempunyai meclozine iaitu antihistamine yang digunakan untuk merawat motion sickness dan juga mengandungi pyridoxine iaitu vitamin B6 yang penting dalam merawat vertigo. Veloxin adalah selamat untuk wanita hamil dan tidak akan menggangu bayi dalam kandungan dan pyridoxine diperlukan sewaktu hamil.
Namun ini hanyalah keterangan am dalam hal ini. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan kesimpulan jika simptom masih berterusan. Anda juga boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.