Sulit
2 tahun
Mulut berdarah bangun tidur
Saya wanita 33 tahun .ingin bertanya.mengapa mulut berdarah .bila bangun pg melihat mulut dan air liur berdarah dan ad ketulan darah beku.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah mulut berdarah anda boleh disebabkan oleh:
- Gingivitis
- Kebersihan gigi yang kurang
- Ubatan
- Teknik flos yang salah
- Berus gigi yang tidak bersesuaian dan mengakibatkan trauma
Masalah air liur berdarah pula boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan bakteria pada gusi
- Tekak luka akibat batuk
- Tekak tercedera akibat makanan keras atau tajam
- Terlalu banyak menjerit atau bercakap
- Kurang minum air. Anda disarankan untuk minum air secara kerap
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.