Sulit
3 tahun
Pening kepala dan berpusing pusing
Hi, saaya mengalami masalah kepala seakan berpusing pusing bila hendak baring dan apabila bangun. Apa yg perlu saya buat atau makan untuk hilangkan kesan berpusing ini
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, anemia adalah salah satu punca pening kepala kerana kekurangan oksigen pada otak, tetapi terdapat juga punca lain seperti:
- stress
- lapar. Kelaparan boleh menyebabkan migrain
- persekitaran yang tertekan
- perubahan hormon
- tidur yang tidak cukup
- dehidrasi
- migrain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.