
Anonymous
5 tahun
Tabiat buruk mencabut rambut akibat kegatalan melampau kulit kepala
Saya berumur 49 tahun…masalah berpunca dr kulit kepala yg sangat gatal ditambah keguguran rambut sejak lebih 10 thn…bermacam produk dh cuba…tp tiada yg betul2 mujarap…akibat dr tabiat buruk kepala hampir botak serta keguguran yg sgt banyak setiap kali menyampu & sikat rambut…tolong bg panduan untuk saya doc…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan gatal kulit kepala. Antaranya ialah:
- Masalah kelemumur
- Infeksi kulit kepala – terdiri daripada jangkitan bakteria ataupun kulat
- Psoriasis:Psoriasis adalah peradangan pada kulit yang ditandai dengan ruam merah, kulit kering, tebal, bersisik, dan mudah terkelupas.
Anda boleh dapatkan nasihat doktor atau farmasi bagi penggunaan syampu yang sesuai untuk merawat kegatalan ini. Jika masalah ini masih tidak selesai atau bertambah teruk, anda boleh mendaptkan nasihatn di klinik biasa dan dirujuk lebih lanjut kepada pakar kulit.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihatn dan rundingan lanjut. Terima kasih.