Sulit

3 tahun

Tekanan Darah Rendah dan Anemia

Hello, Dr. Saya perempuan berusia 22 tahun. Saya disahkan saya ada anemia akut awal tahun lalu dan disebabkan pkp bermula April tahun lepas, saya sudah tidak mendapatkan rawatan susulan selama setahun untuk mengetahui punca saya anemia.

Sejak kebelakangan ni, saya ambil berat mengenai kesihatan saya dengan memeriksa tekanan darah rendah setiap hari. Tetapi saya dapati tekanan darah saya agak rendah iaitu puratanya 90/59 mmhg dan purata bacaan nadi saya dalam keadaan rehat ialah 90 per minit.

Adakah itu suatu perkara yang normal memandangkan saya kurus? Atau adakah disebabkan saya kurang darah? Pernah beberapa kali semasa saya sedang memandu kepala saya berpeluh, jantung berdebar, tangan menggeletar. Ada juga waktu yang saya sedang memandu, tetapi saya rasa macam itu mimpi, bukan perkara sebenar berlaku. Adakah ini sesuatu yang serius?

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, istilah anemia merujuk kepada masalah kesihatan iaitu kurangnya darah merah. Masalah kurang darah merujuk kepada tahap pigmen hemoglobin dalam rendah yang rendah. Hemoglobin adalah pigmen dalam komponen sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dari udara agar ia boleh dibawah oleh sistem pengangkutan badan dari jantung kepada organ dalaman.

Walaupun anemia mempunyai pelbagai punca yang berbeza, tanda-tanda kurang darah adalah:

  • Rasa lemah, lesu, kurang tenaga dan daya untuk bekerja.
  • Lelah, rasa seperti nafas tidak mencukupi, bernafas dengan tercungap-cungap, terutama sekali apabila melakukan aktiviti fizikal.
  • Pening atau rasa ingin pitam.
  • Rasa jantung berdebar atau deras.
  • Kulit dan muka pucat.
  • Denyutan nadi lemah dan deras.

Bacaan nadi manusia yang normal adalah antara 60 hingga 100 kali per minit. Bacaan 90 per minit adalah normal. Bagaimanapun, tekanan darah anda seperti yang dinyatakan adalah agak rendah. Anda diminta untuk sentiasa memantau gejala yang anda hadapi, dan segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti berikut:

  • Terdapat pendarahan yang berlebihan seperti dalam masalah haid atau kecederaan yang teruk.
  • Terdapat simptom tambahan yang tidak pulih seperti penat lelah, pitam, jantung berdebar, kulit pucat.

Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Justeru, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih

%5Bblood%20pack%5DAdobeStock_3321772

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)