Sulit
2 tahun
Tempoh Terdeteksi HIV
Salam sejahtera.
Jika seseorang itu disahkan negatif HIV dalam tempoh window period, memang tidak akan terdeteksi sampai bila-bila ke doktor? Sebabnya saya ada baca satu kes, dahulunya dia ni memang lakukan aktiviti berisiko, kemudian bila berkahwin memang diwajibkan lakukan test HIV. Tetapi selepas berkahwin, selepas ada anak 2 atau 3 orang, didiagnosis HIV. Boleh doktor terangkan kenapa boleh berlaku begitu?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda mempunyai persoalan tentang tempoh window period HIV sekiranya keputusan HIV test negatif. Untuk pengetahuan anda, window period HIV adalah 3 hingga 6 bulan. Pesakit dinasihatkan menjalani ujian sekali lagi dalam tempoh 3 – 6 bulan untuk memastikan status kesihatan anda sekiranya mempunyai sejarah aktiviti berisiko dan gejala badan yang luar biasa.
Selain menjalani ujian HIV test,pemantauan simtom-simtom kendiri yang berkenaan seperti kutil luar biasa dalam badan atau bahagian sulit, demam atau sakit-sakit badan dan kesakitan semasa kencing juga penting untuk memastikan status HIV atau penyakit kelamin lain seseorang.
Bagi keadaan pesakit seperti yang diterangkan, kemungkinan punca termasuk jangkitan HIV dalam tempoh window period dan keputusan negatif palsu ujian HIV yang jarang berlaku.
Anda boleh rujuk pautan ini untuk memahami lebih lanjut tentang HIV.
HIV & AIDS
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.