Anonymous
4 tahun
Timbul tompok merah dan gatal di badan
Rakan sy wanita berumur 20an, sejak 4 hari yang lepas muka kaki dan tangannya timbul merah2 serta gatal. Semakin digaru semakin membiak. Tidak nampak pula seperti ruam. Jika dr boleh kesan simptom apa tu, sangat la membantu. Terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Antara punca masalah yang anda hadapi adalah:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Alergik
Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.