
Sulit
4 tahun
Angiokeratoma tipe Forcyde
Saya mendapati ada bintik hitam seperti tahi lalat,di buah zakar saya…Sama seperti angiokeratoma tipe Forcyde,terasa gatal dan sedikit perih bila di sentuh,ada ka ianya berbahaya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, Angiokeratoma of Fordyce tidak bahaya tetapi boleh berdarah jika menggaru. Antara simptom penyakit ini ialah:
- benjolan kecil saiz 1-5 mm
- rasa kasar pada permukaan
- boleh muncul satu ataupun muncul dalam kuantiti yang banyak
- berwarna gelap
Terdapat juga kondisi yang boleh menyebabkan bintik-bintik gelap atau hitam pada kemaluan seperti:
- melanosis
- ketuat
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.