
Sulit
4 tahun
Antara asma atau gastrik
Saya 3 ary Ni batuk selseme Dan sakit tekak… tp ary Ni tbe ² kne asma…pagi td dktor dh bg neb to dktor ckp lps mabik tu still Ade lg bunyi kt paru… doktor bg ubat Ventolin Biji Dan kembangkn paru…adakah sy patut ambik neb lg sbb rsa mmcm x selasa… nk kata asma atau angin gastrik pon sy x thu. Sy pon Jeni’s angin kt sudut aty cpt rsa mengah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sekiranya anda bergejala sesak nafas yang tidak berkurangan walaupun anda mengambil ubat ventolin seperti yang diarahkan oleh doktor, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatang yang sesuai.
Untuk makluman anda, penyakit asma dan gastritis mempunya gejala berbeza. Serangan asma mungkin berlaku secara tiba-tiba atau secara progresif selama beberapa hari atau jam. Gejala mungkin berlaku pada awal pagi atau pada waktu malam. Simptom yang menandakan serangan asma adalah seperti berikut:
Bunyi berdeham atau “wheezing” semasa bernafas
Sesak nafas
Ketat dada
Batuk
Kesukaran bercakap
Keletihan
Jantung berdebar-debar
Penggunaan otot aksesori untuk bernafas
Kadar pernafasan berkurang
Manakala untuk masalah gastritis, gejalanya adalah seperti:
- Pedih pada ulu hati (“heartburn”)
- Kadang kala sakitnya menjadi teruk sehingga naik ke bahagian kiri dada, menyerupai serangan sakit jantung
- Perut rasa penuh dan kembung (“bloated”)
- Muntah-muntah ataupun rasa loya
- Selalu sendawa
- Jika teruk, asid boleh naik ke esophagus (refluks asid) menyebabkan pesakit sesak nafas
- Jika gastrik terlalu teruk, ulser yang terhasil di dalam perut boleh menyebabkan pendarahan
- Pesakit datang ke hospital dengan masalah muntah darah
- Najis berwarna hitam (“melena”) akibat dari proses oksidasi pendarahan yang mengalir melalui sistem pencernaan
- Masalah kekurangan zat besi dan vitamin disebabkan oleh ketidakseimbangan asid dalam perut yang diperlukan untuk proses pencernaan makanan
- Kekurangan sel darah merah (anemia) yang menyebabkan rasa lesu dan sesak nafas
- Berat badan semakin menurun
- Rasa kenyang walaupun hanya makan sedikit sahaja (“early satiety”)
- Rasa kebas akibat kekurangan vitamin B12
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.