
Sulit
3 tahun
Batuk gatal tekak waktu malam
Dalam 3,4 harini,saya ssring gatal tekak… tapi hnya pd wktu mlm sahaja doxtor … tekak trasa kering… bdan terasa sakit2 seperti nak demam urat .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah batuk dan tekak gatal terutamanya pada waktu malam. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Alahan pada saluran pernafasan
- Inflamasi & iritasi tekak
- Jangkitan virus/bakteria
- Serangan asma
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Jangkitan Tuberkulosis
- Jangkitan Pertusis (batuk kokol)
- Radang paru-paru
- Bronkiektasis
- Serangan jantung
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.