
Sulit
4 tahun
Bersama ketika hamil
Saya sedang hamil dalam 2 bulan. Dalam tempoh trimester pertama ini, selamat ke kalau bersama dengan suami?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan yang diberi, kami memahami anda ingin melakukan hubungan intim bersama suami ketika dalam kandungan pada trimester yang pertama.
Untuk makluman anda, janin ketika trimester pertama telah disalutkan dengan salutan kantung ketuban yang dijadikan perlindungan kepada janin tersebut. Melakukan hubungan seks ketika mengandung secara amnya, adalah selamat. Namun, anda dinasihatkan untuk melakukannya dengan pergerakan yang tidak ganas dan melakukan posisi-posisi yang boleh mempengaruhi kehamilan anda .
Namun, terdapat beberap sebab anda harus untuk mengelak melakukan sex ketika hamil iaitu:
- Pernah gugur janin
- Pernah mengalami bayi kurang bulan
- Mempunyai servix yang mudah terbuka
- Placenta previa ( Plasenta terhasil di kawasan serviks)
- Pemecahan kantung ketuban yang pramatang (PROM)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.